Foto kali ini.... Rumah Tradisional

Foto kali ini.... Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Thursday 1 December 2011

My Arts Studio....

Sekian lama tak menulis...cuti sekolah telah masuk minggu ke 2....setelah minggu pertama berlalu dengan penuh kesedihan kerna pemergian buat selama-lamanya mak mertua ku...menemui Allah ..moga rohnya sentiasa mendapat Rahmat Allah ....amin.

Mungkin kesempatan yang ada ini boleh digunakan untuk meyiapkan beberapa artworks yang tergendala..dan mungkin mencuba beberapa artwork baru ..insyaallah...di sinilah tempat ku bergelanggang...dengan pedang pena dan berus-berus ku....

Hobi ini akan diteruskan untuk meningkatkan lagi kemahiran...mencari kepuasan diri..walaupun untuk diri sendiri....
Antara  artworks  yang ada di Galeri SKFL.....

Sunday 21 August 2011

Laman CRS....

Assalamualaikum....

Lama tak menulis dalam blog dek kerana kesibukan untuk berpindah rumah dari Penang  ke Kulim. Tak berkesempatan langsung untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini...Sedar atau tidak Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita...

Moga kita mendapat mencari keberkatan dan mendapat pengampunan serta dijauhkan dri azab api neraka....




Sengaja untuk berkongsi ...salah satu hobi yang lama juga tidak dapat dilaksanakan...maklumlah dulu duduk rumah bertingkat tingkat...kemudian  bukan duduk rumah sendiri....tapi bila dah duduk rumah sendiri ..terasa ingin semula untuk melakukan hobi lama ni..iaitu bercucuk tanam.....HIJAU kan BUMI kita....ini adalah buah mula setelah 3 minggu duduk di rumah baru...insyaallah akan menyusul lagi nanti...

Saturday 2 July 2011

LOGO yang semakin POPULAR...??atau diTakuti ???

Anda kenal LOGO ini?..Pernah nampak...tapi jangan risau...memang payah nak nampak kerana polis dok cari dan tangkap sapa yang pakai baju ni...pelik sungguh dunia sekarang...
Ramai yang pakai baju yang tak senonoh ...bermotifkan bukan-bukan seperti mengAgung-agungkan Syaitan, Nazisme..tidak percaya pada agama...berunsurkan lucah dan macam -macam lagi ..langsung tidak diambil peduli oleh abnag-abang polis...inikan para Pemimpin negara..namun bila baju berLogo kan ini..dan warna Kuning yang ceria ini..mereka rasa Fobia...kenapa ya..Labu?..entah Labi jawab si Labu...biarkan...biarkan..si Luncai terjun dengan labunya....mereka mahu jadi macam pak pandir....mereka ingat rakyat ini macam legenda watak yang mencanangkan kebodohan bangsa Melayu...apa ada pada bangsa...Agama yang nombor satu...Bersih ini bukan perjuangan bangsa...entah kenapa tiba-tiba wujud PATRIOT...ce cuba ko angkat senjata..pi perjuang nasib rakyat Palestin di bumi ambiya'...mungkin tidak..di sana tidak menjanjikan Wang Berjuta....perjuangan meminta sesuatu yang akan dijalankan dalam cara yang Adil, telus  dan beretika pun di tentang....jelas menunjukkan..sudah lama kita mempraktikkan amalan yang salah.....Perhimpunan dikatakan haram....walhal permit diminta...perhimpunan membantah Bersih bebas melata pelusuk negara.....polis nampaknya pejam sebelah mata....kini Askar pula ingin digunakan..menjadi watak-watak wayang kulit mereka......BERSIH oh BERSIH...mengapa dikau begitu ditakuti...mengapa dikau ingin dikotori.....Keamanan tidak akan tergugat ...jika tiada siapa yang memulakan percakaran...siapa yang memulakan provokasi..RAKYAT kini tidak bodoh....

Teringat semasa zaman belajar kat Universiti dulu....era REFORMASI..kami generasi X..........

Perjuangan Yang Masih belum Selesai....

Friday 24 June 2011

Rumah Sendiri...impian yang tertunda lama...

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama , impian kami sekeluarga hampir tercapai...setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga. Selama itulah menyewa rumah untuk berteduh dari hujan dan panas...

Pada awal perkahwinan kami, menyewa rumah teres di Kulim rasakan bagai cukup..namun berulang alik ke temapat kerja di Pulau Pinang sedikit sebanyak menjadi satu cabaran.Kehidupan di Kulim begitu sederhana, makan masih murah, mudah  mencari tempat untuk membeli barang dan masyarakat setempat masih lagi bergaul antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Kemudian , atas beberapa faktor, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa di P.Pinang. Terpaksalah meninggalkan Kulim yang sedikit banyak mengenal susah senang kami suami isteri pada awal perkahwinan.

Kemudian , kami sekeluarga menyewa rumah di Mutiara Idaman 2, Jelutong , P.Pinang. Dengan bayaran sewa RM450 sebulan, berlantaikan atap rumah orang dan atapku menjadi lantai rumah orang...begitulah rencam hidup di rumah apartmen kos sederhana....Kami menyewa rumah 3 bilik bernom 2C-15-28 ...iaitu di Blok 2C tingkat 15 dan rumah nombor 28....hampir 7 tahun duduk di situ...Pada awalnya seronok, kerana jumlah penduduk masih sedikit. Kami antara 20 keluarga terawal yang tinggal di situ..Parking masih senang, turun naik lift pun mudah, tidak menunggu lama...kedai pun dekat... Sehingga lahir 3 orang di rumah ini... Namun apabila tahun demi tahun, kawasan perumahan ini semakin padat,. Kapasiti penduduk semakin bertambah, meyebabkan parking yang dahulunya free perlu disewa...lift pula beratur panjang untuk menunggu giliran...banyak kali kami ewat ke tempat kerja...inilah cabaran duduk rumah flat...kereta parking jauh..hanya Tawaakal ....

Sehinggalah hingga penghujung 2009, diri ini mendapat tawaran untuk tinggal di kuarters Pendidikan , iaitu Kuarters Francis Light....lebih kurang 150 meter sahaja daripada tempat kerja...dan 200 meter sahaja daripada Nursery anak-anak ku....ALhamdullillah..syukran..Allah permudahkan hidup ini...kini hampir 2 tahun kami tinggal di sini...

Kini setelah hampir 10 tahun berkahwin, impian untuk tinggal di rumah sendiri hampir tercapai. Sepatutnya awal lagi impian tersebut termakbul, namun kita hanya mampu merancang, namun perancangan Tuhan adalah segala-galanya...Rumah yang ku dan isteriku beli pada tahun 2006 iaitu sebuah Banglo setingkat 3 bilik di Taman DesaKu, Padang Meha , Kulim sehingga kini masih belum siap...Projek yang pada mulanya rancak, telah mengalami masalah selepas 3 tahun...pembangunan projek begitu perlahan...Pelbagai cara telah Persatuan Penduduk lakukan untuk mendapatkan hak kami sebagai pembeli, namun masih gagal..Projek masih tidak diklasifikasikan sebagai perumahan terbekengkalai...kerana masih ada kerja di tapak projek ,namun begitu perlahan..Sehingga artikel ini ditulis, melalui email ku lihat ada perkembangan positif terhadap projek ini.Jalan tar tyelah diturap...dan pihak pemaju berjanji untuk menyiapkan hujung tahun ini atas desakan pelbagai pihak...moga rumah ini akan menjadi milik kami juga nanti..AMin...

Oleh kerana terlalu ingin memiliki rumah sendiri dan terlalu kecewa dengan perkembangan rumah pertama yang dibeli...kami telah membuat keputusan untuk membeli sebiji rumah.,tetapi rumah yang telah siap dan boleh terus duduk...kerna mengambil iktibar daripada pengalaman pertama membeli rumah....R

Rumah kedua ini, sebuah Semi D 2 tingkat , yang terletak di Taman Merawan , Kulim telah pun menjadi milik kami...hak milik telah bertukar atas nama isteriku...Sekarang dalam proses pengubahsuaian...dan berharap dapat berpindah ke sini sebelum bulan puasa ni..moga Allah permudahkan...Lokasi nya di tengah -tengah Bandar Kulim..berhampiran dengan KulimLandmark dan 1.5 km daripada TESCO...menjadi antara faktor kami ingin memilikinya...Moga ini adalah keputusan yang tepat....
                                             Pada kali pertama melihat rumah ....
                                                Antara syarat untuk ku membeli rumah..mesti ada tanah....

                                                             Ruang balkoni yang luas ...banyak aktiviti boleh dibuat..

Apabila kerja 'Renovation' selesai nanti, saya kan masukkan gambar sebelum dan selepas...moga Allah berkati dan permudahkan urusan kami sekeluarga..

Che'Ross
24 Jun 2011

Wednesday 15 June 2011

Mencari Rezeki 1



Title  :  Mencari Rezeki 1 ( framed )

Medium :  Water colour on paper
Year 2011


Akibat kesibukan pada tahun ini menyebabkan kurang masa untuk melukis. Cadangnya untuk menyiapkan Seies lukisan yang bertema. Ini mungkin lukisan yang pertama...insyaallah apabila selesai urusan rumah nanti ,akan ada masanya hendaknya untuk melukis...

Sunday 29 May 2011

Bila mula bicara pasal Politikus.....

1 Malaysia ermmmm betui ke rakyat diutamakan...

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Ini lah gaji mereka...memang berbaloikan jadi orang POLITIK...tak payah ngaji tinggi2 pun tak pa...syarat keturunan orang politik ...berebut-berebut nak terlibat dgn politik..konon nya nak menjadi perwira bangsa..pembela rakyat....tapi beberapa penggal jadi Pak Menteri ..HARTA dah berjela- jela....padiaa.....

Apa nak jadi dengan nasib orang kampung???? gaji mereka tak sampai pun RM1000...mungkin jauh kurang dari itu..tapi mereka membeli minyak dengan harga yg sama dengan ko si YB....harga gula yang sama dengan ko Pak Menteri....


SUBSIDI ko perjuangkan...kenapa dah lebih 50 tahun Merdeka...waktu ini ko mula nak mempersoalkan pasal ini SUBSIDI...dah habis kah hasil bumi bertuah ini ko ambil...atau oleh YB-YB sebelum ini..kesian YB baru dah tak dapat hasil dulu-dulu lalu ko nak kaut HAK RAKYAT.... ..politik oh Politikus....

Minyak ..Oh..Minyak...

Artikel ini dipetik dalam artikel Rakan Facebook...untuk tatapan bersama...


Harga Petrol Mampu Diturun Sehingga RM0.60 Seliter

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

NONESobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.