Foto kali ini.... Rumah Tradisional

Foto kali ini.... Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Friday 24 June 2011

Rumah Sendiri...impian yang tertunda lama...

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama , impian kami sekeluarga hampir tercapai...setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga. Selama itulah menyewa rumah untuk berteduh dari hujan dan panas...

Pada awal perkahwinan kami, menyewa rumah teres di Kulim rasakan bagai cukup..namun berulang alik ke temapat kerja di Pulau Pinang sedikit sebanyak menjadi satu cabaran.Kehidupan di Kulim begitu sederhana, makan masih murah, mudah  mencari tempat untuk membeli barang dan masyarakat setempat masih lagi bergaul antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Kemudian , atas beberapa faktor, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa di P.Pinang. Terpaksalah meninggalkan Kulim yang sedikit banyak mengenal susah senang kami suami isteri pada awal perkahwinan.

Kemudian , kami sekeluarga menyewa rumah di Mutiara Idaman 2, Jelutong , P.Pinang. Dengan bayaran sewa RM450 sebulan, berlantaikan atap rumah orang dan atapku menjadi lantai rumah orang...begitulah rencam hidup di rumah apartmen kos sederhana....Kami menyewa rumah 3 bilik bernom 2C-15-28 ...iaitu di Blok 2C tingkat 15 dan rumah nombor 28....hampir 7 tahun duduk di situ...Pada awalnya seronok, kerana jumlah penduduk masih sedikit. Kami antara 20 keluarga terawal yang tinggal di situ..Parking masih senang, turun naik lift pun mudah, tidak menunggu lama...kedai pun dekat... Sehingga lahir 3 orang di rumah ini... Namun apabila tahun demi tahun, kawasan perumahan ini semakin padat,. Kapasiti penduduk semakin bertambah, meyebabkan parking yang dahulunya free perlu disewa...lift pula beratur panjang untuk menunggu giliran...banyak kali kami ewat ke tempat kerja...inilah cabaran duduk rumah flat...kereta parking jauh..hanya Tawaakal ....

Sehinggalah hingga penghujung 2009, diri ini mendapat tawaran untuk tinggal di kuarters Pendidikan , iaitu Kuarters Francis Light....lebih kurang 150 meter sahaja daripada tempat kerja...dan 200 meter sahaja daripada Nursery anak-anak ku....ALhamdullillah..syukran..Allah permudahkan hidup ini...kini hampir 2 tahun kami tinggal di sini...

Kini setelah hampir 10 tahun berkahwin, impian untuk tinggal di rumah sendiri hampir tercapai. Sepatutnya awal lagi impian tersebut termakbul, namun kita hanya mampu merancang, namun perancangan Tuhan adalah segala-galanya...Rumah yang ku dan isteriku beli pada tahun 2006 iaitu sebuah Banglo setingkat 3 bilik di Taman DesaKu, Padang Meha , Kulim sehingga kini masih belum siap...Projek yang pada mulanya rancak, telah mengalami masalah selepas 3 tahun...pembangunan projek begitu perlahan...Pelbagai cara telah Persatuan Penduduk lakukan untuk mendapatkan hak kami sebagai pembeli, namun masih gagal..Projek masih tidak diklasifikasikan sebagai perumahan terbekengkalai...kerana masih ada kerja di tapak projek ,namun begitu perlahan..Sehingga artikel ini ditulis, melalui email ku lihat ada perkembangan positif terhadap projek ini.Jalan tar tyelah diturap...dan pihak pemaju berjanji untuk menyiapkan hujung tahun ini atas desakan pelbagai pihak...moga rumah ini akan menjadi milik kami juga nanti..AMin...

Oleh kerana terlalu ingin memiliki rumah sendiri dan terlalu kecewa dengan perkembangan rumah pertama yang dibeli...kami telah membuat keputusan untuk membeli sebiji rumah.,tetapi rumah yang telah siap dan boleh terus duduk...kerna mengambil iktibar daripada pengalaman pertama membeli rumah....R

Rumah kedua ini, sebuah Semi D 2 tingkat , yang terletak di Taman Merawan , Kulim telah pun menjadi milik kami...hak milik telah bertukar atas nama isteriku...Sekarang dalam proses pengubahsuaian...dan berharap dapat berpindah ke sini sebelum bulan puasa ni..moga Allah permudahkan...Lokasi nya di tengah -tengah Bandar Kulim..berhampiran dengan KulimLandmark dan 1.5 km daripada TESCO...menjadi antara faktor kami ingin memilikinya...Moga ini adalah keputusan yang tepat....
                                             Pada kali pertama melihat rumah ....
                                                Antara syarat untuk ku membeli rumah..mesti ada tanah....

                                                             Ruang balkoni yang luas ...banyak aktiviti boleh dibuat..

Apabila kerja 'Renovation' selesai nanti, saya kan masukkan gambar sebelum dan selepas...moga Allah berkati dan permudahkan urusan kami sekeluarga..

Che'Ross
24 Jun 2011

No comments:

Post a Comment