Foto kali ini.... Rumah Tradisional

Foto kali ini.... Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Thursday 1 December 2011

My Arts Studio....

Sekian lama tak menulis...cuti sekolah telah masuk minggu ke 2....setelah minggu pertama berlalu dengan penuh kesedihan kerna pemergian buat selama-lamanya mak mertua ku...menemui Allah ..moga rohnya sentiasa mendapat Rahmat Allah ....amin.

Mungkin kesempatan yang ada ini boleh digunakan untuk meyiapkan beberapa artworks yang tergendala..dan mungkin mencuba beberapa artwork baru ..insyaallah...di sinilah tempat ku bergelanggang...dengan pedang pena dan berus-berus ku....

Hobi ini akan diteruskan untuk meningkatkan lagi kemahiran...mencari kepuasan diri..walaupun untuk diri sendiri....
Antara  artworks  yang ada di Galeri SKFL.....

Sunday 21 August 2011

Laman CRS....

Assalamualaikum....

Lama tak menulis dalam blog dek kerana kesibukan untuk berpindah rumah dari Penang  ke Kulim. Tak berkesempatan langsung untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini...Sedar atau tidak Ramadhan bakal berlabuh meninggalkan kita...

Moga kita mendapat mencari keberkatan dan mendapat pengampunan serta dijauhkan dri azab api neraka....




Sengaja untuk berkongsi ...salah satu hobi yang lama juga tidak dapat dilaksanakan...maklumlah dulu duduk rumah bertingkat tingkat...kemudian  bukan duduk rumah sendiri....tapi bila dah duduk rumah sendiri ..terasa ingin semula untuk melakukan hobi lama ni..iaitu bercucuk tanam.....HIJAU kan BUMI kita....ini adalah buah mula setelah 3 minggu duduk di rumah baru...insyaallah akan menyusul lagi nanti...

Saturday 2 July 2011

LOGO yang semakin POPULAR...??atau diTakuti ???

Anda kenal LOGO ini?..Pernah nampak...tapi jangan risau...memang payah nak nampak kerana polis dok cari dan tangkap sapa yang pakai baju ni...pelik sungguh dunia sekarang...
Ramai yang pakai baju yang tak senonoh ...bermotifkan bukan-bukan seperti mengAgung-agungkan Syaitan, Nazisme..tidak percaya pada agama...berunsurkan lucah dan macam -macam lagi ..langsung tidak diambil peduli oleh abnag-abang polis...inikan para Pemimpin negara..namun bila baju berLogo kan ini..dan warna Kuning yang ceria ini..mereka rasa Fobia...kenapa ya..Labu?..entah Labi jawab si Labu...biarkan...biarkan..si Luncai terjun dengan labunya....mereka mahu jadi macam pak pandir....mereka ingat rakyat ini macam legenda watak yang mencanangkan kebodohan bangsa Melayu...apa ada pada bangsa...Agama yang nombor satu...Bersih ini bukan perjuangan bangsa...entah kenapa tiba-tiba wujud PATRIOT...ce cuba ko angkat senjata..pi perjuang nasib rakyat Palestin di bumi ambiya'...mungkin tidak..di sana tidak menjanjikan Wang Berjuta....perjuangan meminta sesuatu yang akan dijalankan dalam cara yang Adil, telus  dan beretika pun di tentang....jelas menunjukkan..sudah lama kita mempraktikkan amalan yang salah.....Perhimpunan dikatakan haram....walhal permit diminta...perhimpunan membantah Bersih bebas melata pelusuk negara.....polis nampaknya pejam sebelah mata....kini Askar pula ingin digunakan..menjadi watak-watak wayang kulit mereka......BERSIH oh BERSIH...mengapa dikau begitu ditakuti...mengapa dikau ingin dikotori.....Keamanan tidak akan tergugat ...jika tiada siapa yang memulakan percakaran...siapa yang memulakan provokasi..RAKYAT kini tidak bodoh....

Teringat semasa zaman belajar kat Universiti dulu....era REFORMASI..kami generasi X..........

Perjuangan Yang Masih belum Selesai....

Friday 24 June 2011

Rumah Sendiri...impian yang tertunda lama...

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama , impian kami sekeluarga hampir tercapai...setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga. Selama itulah menyewa rumah untuk berteduh dari hujan dan panas...

Pada awal perkahwinan kami, menyewa rumah teres di Kulim rasakan bagai cukup..namun berulang alik ke temapat kerja di Pulau Pinang sedikit sebanyak menjadi satu cabaran.Kehidupan di Kulim begitu sederhana, makan masih murah, mudah  mencari tempat untuk membeli barang dan masyarakat setempat masih lagi bergaul antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Kemudian , atas beberapa faktor, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa di P.Pinang. Terpaksalah meninggalkan Kulim yang sedikit banyak mengenal susah senang kami suami isteri pada awal perkahwinan.

Kemudian , kami sekeluarga menyewa rumah di Mutiara Idaman 2, Jelutong , P.Pinang. Dengan bayaran sewa RM450 sebulan, berlantaikan atap rumah orang dan atapku menjadi lantai rumah orang...begitulah rencam hidup di rumah apartmen kos sederhana....Kami menyewa rumah 3 bilik bernom 2C-15-28 ...iaitu di Blok 2C tingkat 15 dan rumah nombor 28....hampir 7 tahun duduk di situ...Pada awalnya seronok, kerana jumlah penduduk masih sedikit. Kami antara 20 keluarga terawal yang tinggal di situ..Parking masih senang, turun naik lift pun mudah, tidak menunggu lama...kedai pun dekat... Sehingga lahir 3 orang di rumah ini... Namun apabila tahun demi tahun, kawasan perumahan ini semakin padat,. Kapasiti penduduk semakin bertambah, meyebabkan parking yang dahulunya free perlu disewa...lift pula beratur panjang untuk menunggu giliran...banyak kali kami ewat ke tempat kerja...inilah cabaran duduk rumah flat...kereta parking jauh..hanya Tawaakal ....

Sehinggalah hingga penghujung 2009, diri ini mendapat tawaran untuk tinggal di kuarters Pendidikan , iaitu Kuarters Francis Light....lebih kurang 150 meter sahaja daripada tempat kerja...dan 200 meter sahaja daripada Nursery anak-anak ku....ALhamdullillah..syukran..Allah permudahkan hidup ini...kini hampir 2 tahun kami tinggal di sini...

Kini setelah hampir 10 tahun berkahwin, impian untuk tinggal di rumah sendiri hampir tercapai. Sepatutnya awal lagi impian tersebut termakbul, namun kita hanya mampu merancang, namun perancangan Tuhan adalah segala-galanya...Rumah yang ku dan isteriku beli pada tahun 2006 iaitu sebuah Banglo setingkat 3 bilik di Taman DesaKu, Padang Meha , Kulim sehingga kini masih belum siap...Projek yang pada mulanya rancak, telah mengalami masalah selepas 3 tahun...pembangunan projek begitu perlahan...Pelbagai cara telah Persatuan Penduduk lakukan untuk mendapatkan hak kami sebagai pembeli, namun masih gagal..Projek masih tidak diklasifikasikan sebagai perumahan terbekengkalai...kerana masih ada kerja di tapak projek ,namun begitu perlahan..Sehingga artikel ini ditulis, melalui email ku lihat ada perkembangan positif terhadap projek ini.Jalan tar tyelah diturap...dan pihak pemaju berjanji untuk menyiapkan hujung tahun ini atas desakan pelbagai pihak...moga rumah ini akan menjadi milik kami juga nanti..AMin...

Oleh kerana terlalu ingin memiliki rumah sendiri dan terlalu kecewa dengan perkembangan rumah pertama yang dibeli...kami telah membuat keputusan untuk membeli sebiji rumah.,tetapi rumah yang telah siap dan boleh terus duduk...kerna mengambil iktibar daripada pengalaman pertama membeli rumah....R

Rumah kedua ini, sebuah Semi D 2 tingkat , yang terletak di Taman Merawan , Kulim telah pun menjadi milik kami...hak milik telah bertukar atas nama isteriku...Sekarang dalam proses pengubahsuaian...dan berharap dapat berpindah ke sini sebelum bulan puasa ni..moga Allah permudahkan...Lokasi nya di tengah -tengah Bandar Kulim..berhampiran dengan KulimLandmark dan 1.5 km daripada TESCO...menjadi antara faktor kami ingin memilikinya...Moga ini adalah keputusan yang tepat....
                                             Pada kali pertama melihat rumah ....
                                                Antara syarat untuk ku membeli rumah..mesti ada tanah....

                                                             Ruang balkoni yang luas ...banyak aktiviti boleh dibuat..

Apabila kerja 'Renovation' selesai nanti, saya kan masukkan gambar sebelum dan selepas...moga Allah berkati dan permudahkan urusan kami sekeluarga..

Che'Ross
24 Jun 2011

Wednesday 15 June 2011

Mencari Rezeki 1



Title  :  Mencari Rezeki 1 ( framed )

Medium :  Water colour on paper
Year 2011


Akibat kesibukan pada tahun ini menyebabkan kurang masa untuk melukis. Cadangnya untuk menyiapkan Seies lukisan yang bertema. Ini mungkin lukisan yang pertama...insyaallah apabila selesai urusan rumah nanti ,akan ada masanya hendaknya untuk melukis...

Sunday 29 May 2011

Bila mula bicara pasal Politikus.....

1 Malaysia ermmmm betui ke rakyat diutamakan...

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Ini lah gaji mereka...memang berbaloikan jadi orang POLITIK...tak payah ngaji tinggi2 pun tak pa...syarat keturunan orang politik ...berebut-berebut nak terlibat dgn politik..konon nya nak menjadi perwira bangsa..pembela rakyat....tapi beberapa penggal jadi Pak Menteri ..HARTA dah berjela- jela....padiaa.....

Apa nak jadi dengan nasib orang kampung???? gaji mereka tak sampai pun RM1000...mungkin jauh kurang dari itu..tapi mereka membeli minyak dengan harga yg sama dengan ko si YB....harga gula yang sama dengan ko Pak Menteri....


SUBSIDI ko perjuangkan...kenapa dah lebih 50 tahun Merdeka...waktu ini ko mula nak mempersoalkan pasal ini SUBSIDI...dah habis kah hasil bumi bertuah ini ko ambil...atau oleh YB-YB sebelum ini..kesian YB baru dah tak dapat hasil dulu-dulu lalu ko nak kaut HAK RAKYAT.... ..politik oh Politikus....

Minyak ..Oh..Minyak...

Artikel ini dipetik dalam artikel Rakan Facebook...untuk tatapan bersama...


Harga Petrol Mampu Diturun Sehingga RM0.60 Seliter

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

NONESobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

Sunday 15 May 2011

16 Mei...Hari Bermakna buat Insan yang bergelar Pendidik..

Selamat Hari Guru...

Macam - macam perumpamaan yang diberi buat insan yang bergelar'GURU'....Guru ibarat lilin, guru penyuluh cahaya, duru srikandi negara....pelbagai lagi dan semua itu sebagai klausa untuk mengenang jasa seorang insan yang bergelar Guru...

                    " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara "

begitulah tema Hari Guru tahun ini....transformasi....ayat yang canggih tetapi masih sama maksudnya...pengubah, mengubah , menukarkan....demi untuk kemajuan negara. Namun cabaran guru kini dan dahulu banyakbezanya. Begitulah sistem pendidikan kita, banyak yang berubah. Arus pendidikan negara sentiasa merubah ke arah yang lebih baik...begitulah juga dengan tanggungjawab seorang guru....sentiasa perlu selari dengan arus pendidikan semasa....

Cabaran guru semakin meningkat, cabaran mendidik anak didik zaman sekarang begitu mencabar...dulu profesyen ini begitu disanjung dan dihormati..sungguh mulia nilai seorang guru..Rasa hormat kepada guru begitu mendalam dalam diri anak bangsa...rasa takut kepada guru..tandanya hormat....Ibu bapa sentiasa menyanjungi pendidik anak-anak mereka...Pembelajaran dijalankan dalam suasana yang sangat selesa..yang mendidik rasa disanjungi dan dihormati, manakala anak didik sentiasa bersedia menerima ilmu yang diberi,..
Tapi sekarang sudah jauh berbeza....guru semakin kurang dihormati..anak didik sudah rasa hilang budi pekerti dan budi bahasa kepada insan yang mendidik mereka... Apabila berlaku masalah di sekolah, ibu bapa kekadang lebih mempercayai anak mereka dan terus menyalahkan guru tanpa usul periksa..beginilah nasib guru...Jika dahulu pabila didenda murid kerna melakukan kesalahan, pasti pabila balik ke rumah akan disambung lagi oleh ibu bapa...kini dicuit sikit anak mereka, terus ibu bapa menyerang guru tersebut...Guru..guru...tak semua mampu mendidik dengan cara lembut...dan tidak semua guru itu garang...kekadang guru itu ada juga had kesabarannya...melayan karenah murid-murid yang sentiasa mencabar kesabaran guru mereka.

Beginilah rencam pendidik...ramai yang berkata...alah Guru kerja separuh hari..cuti pun banyak...banyak relaks....

Tapi yang tidak bergelar guru..silalah cuba menjadi guru selama sehari....memang nampak mudah...tetapi menyampaikan ilmu kepada pelbagai golongan murid yang berbeza kecerdasan pelbagainya, pelbagai rencam ragamnya..di samping kerja-kerja penkeranian yang lain...melayan karenah murid  yang bermasalah..melayan karenah ibu bapa..dan banyak rutin ko kurikulum dan kurikulum yang lain...itu adalah cabaran...Bagi yang mempunyai anak melebihi 3 orang yang sedang membesar, mungkin lebih memahami. Melayan dan memenuhi karenah mereka sudah pasti menjadi cabaran kepada kita...inikan pula nak menjaga lebih kuramh 25 hingga 35 orang anak murid dalam satu kelas....kalau 5 kelas..macam mana....Terima Kasih Cikgu..

Justeru, sempena Hari Guru ini..izinkan saya melafazakn jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru dan pendidik-pendidik yang pernah memberi tunjuk ajar saya sejak sekolah rendah hingga Universiti dan seterusnya pendidik yang mendidik saya menjadi seorang GURU....terima kasih semua....Semoga jasa-jasamu sentiasa mendapat pembalasan dari Allah s.w.t.

TerimaKasih GURU...

ikhlas,
Che'Ross
16 Mei 2011

Wednesday 11 May 2011

Aku dan HDR...sekadar menambah lagi ilmu dan memenuhi minat..

Photography adalah salah satu hobi yang menyusul sejak memasuki alam pekerjaan ini suatu ketika dahulu. Masa belajar dahulu memang tak mampu nak beli kamera mahal-mahal, kamera murah pun tak mampu. Lagipun dulu manaada kamera digital macam sekarang. Pakai Film gulung, tak boleh nak edit, kalau dah tangkap gambar tak boleh nak tengok balik...itu dedulu. Sekarang tak macam dulu.....mudah. Banyak kamera digital di pasaran, harga pun pelbagai..bebudak sekolah pun pakai yang canggih-canggih. Ramai orang muda dah mampu pakai DSLR kamera..bergantung kat leher , ke sini dan ke sana...tak macam kita dulu-dulu....Zaman dah berubah...

Teringat , kamera pertama yang ku beli ialah jenama PENTAX, masa tu baru 6 mp...canggih dah masa tu...boleh lah untuk merakam gambar kenangan keluarga....Kamera kedua ku , masih di pakai hingga sekarang . Dah lebih 2 tahun pakai..brand SONY HX-1...bukan DSLR tetapi semi pro...boleh lah, walaupun tak secanggih DSLR..namun setakat ni berpuas hati dengan hasilnya.  Insyaallah...mungkin tak berapa lama lagi akan beli kamera yang seterusnya..my first DSLR..cuma masih samar sama ada  Canon atau Nikon...bersabar le dulu..ada hal lain yang perlu dibereskan dulu...

Di sini ku masukkan sedikit gambar -gambar yang telah di edit ke imej definisi tinggi  ( HDR )..sekadar buat tatapan.Insyaallah akan di masukkan lagi gambar - gambar koleksi ku...sekadar hobi dan minat...

                                               Masjid Putrajaya...sewaktu melawat PutraJaya sekitar 2010


                                   Pantai Cahaya Bulan, Kelantan....dekat dengan rumah mentua..

    Puncak Titiwangsa, penghubung timur dan barat  ...singgah sebentar antara perjalanan

Mungkin masih baru dalam bidang ini...tetapi Insyaallah akan dipelajari...Photoshoot ini sebenarnya juga sebagai bahan untuk idea ku melukis....

okay, jumpa lagi  dalam edisi yang seterusnya.

Sunday 8 May 2011

Makin dilupakan....apakah sinonimnya dengan kehidupan kita

Sahaja melontarkan tema yang mungkin semua orang sedar ataupun sengaja mengabaikan...namun itulah hakikatnya. Tak dapat lari dari tema kehidupan kita....
Lukisan yang masih belum siap sepenuhnya...

                                              Title:     Makin dilupakan.
                                             Acrylics on Board Canvas
                                             Mac 2011
. Apakah sinoniimya dengan kehidupan kita. .... Kita memang akui...yang baru pasti akhirnya akan menjadi lama. Tidak kira apa sekalipun...Ketika masih baru , semuanya baik belaka...tiada yag cacat celanya..namun apabila masa berlalu..yang baru akan bertukar menjadi lama...Pada ketika itu, yang baru itu sudah menjadi lama. Yang lama itu mungkin makin dilupakan...fungsi asalnya makin kurang berperanan..ia tidak sehebat pada ketika ia masih baru dahulu..Mungkin yang lama itu akan menjadi buruk...makin kurang diingati...dan mungkin akan dilupakan buat selama-lamanya...Wallahualam.

Bagaimana pula dengan kita sebagai manusia. Yang kecil akan menjadi besar...yang muda akan menjadi tua...jika dahulu kuat, sihat dan bertenaga namun apabila meniti usia, ia akan mula kurang bertenaga, sering sakit dan kurang upaya. Namun pada ketika itu adalah kita akan dilupakan...dan sebenarnya kita yang akan menjadi pelupa.

Tetapi Maha Pencipta tidah pernah lupa  akan makhluk-Nya. Kita yang sering lupa...ramai yang alpa pada usia muda ketika masih bertenaga...mereka berkira-kira pada ketika usia senja, baru ingin mula mengenal Yang Maha Pencipta.  Persoalannya...adakah kita akan berpeluang untuk terus menyedut udara sehingga usia senja.....Ketika yang Baru bertukar menjadi Lama...ataupun ketika masih muda lagi kita tlah dijemput oleh-Nya..Maka beruntunglah pada mereka yang mengingat-Nya pada setiap ketika..tdak kira masa dan ketika, susah atau senang,pada usia muda ataupun usia senja....Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita..Amin..

tarian pena,

Che'Ross
9 May 2011

Beberapa Fakta Mengenai NOMBOR


Beberapa  Fakta mengenai Nombor

24.Tempoh waktu yang kita lalui dalam 1 Hari .24 jam sehari yang perlu kita  lalui….
  • Dalam tempoh 24 jam, jantung kita berdenyut sebanyak 103,689 kali
Darah menempuh perjalanan sepanjang  168,000,000 batu.
  • Dalam tempoh  24 jam juga , kita bernafas sebanyak 23,040 kali,  menghirup udara sebanyak 483 m3
  • Dalam tempoh 24  jam ini juga, kebanyakan manusia menelan 1.5 kg makanan dan meminum 3.5 liter air
  • Ramai manusia berkata-kata  sebanyak 25,000 patah perkataan…
Manusia juga menggerakkan 750 otot, kuku tumbuh sepanjang 0.00012 cm dan rambut tumbuh sepanjang  0.94353 cm
  • Semua ini dikawal oleh satu organ yang  saiznya hanya sekepal tangan , dengan beratnya lebih kurang 1.5 kg , tetapi  ia begitu unik kerana terdiri daripada  1 Trillion sel      =   167 kali jumlah    penduduk bumi 
  • Semua ini dikawal oleh satu ORGAN badan manusia iaitu... OTAK
Maka gunakanlah Otak sebaik-baiknya. Jangan salah gunakan otak dan jangan jadi sesekali insan yang tak berotak...Ada Akal pakai....tapi akal jangan disertakan nafsu yang melulu...sebab itu Allah wujudkan IMAN dalam diri.....renung-renungkalah bersama..

Che'Ross
9/5/2011

Friday 6 May 2011

Potret Family... sebagai satu kenangan

Alang-alang melukis, kekadang begitu teruja untuk melukis gambar anak-anak. Walaupun tidak begitu mahir dalam menghasikan potrait, tetapi ku gagahi juga untuk mencuba...mugkin sekadar untuk kepuasan diri sendiri.
Ini adalah potrrait anak ku yang pertama  Ikhwan Syahmi...sekadar menggunakan medium pensil 2B, 3B dan 8B.
                                          Ikhwan Syahmi    2 tahun,  2007

Setelah mencuba menggunakan medium pensil, teringin mencuba medium lain seperti Watercolour. Maka terhasillah potrait anak yang kedua , Irdina Hannani ....
                                                     Irdina Hannani  ,  2 tahun  ( 2009 )

Memang potrait bukan bidang kemahiranku, tetapi terasa seronok apabila memikirkan lukisan potrait ini sebenarnya mempunyai sentimental value  yang tersendiri.  Ia boleh menjadi kenangan, dan membuat orang lain berasa gembira....terutamanya kanak-kanak. Begitulah  yang saya alami di sekolah...berebut anak didik meminta untuk dilukis potrait mereka....  sampai tak menang tangan dibuatnya...

Begitulah hidup kita...potrait diri kita mencerminkan diri kita yang sebenar...mungkin lukisan dan lakaran itu tidak 100 % sama seperti ciptaan yang Maha Esa....namun ia adalah satu cara kita untuk  menginsafi dan sedar anugerah Ciptaan Allah...supaya kita sentiasa menghargainya...memeliharanya...dan mensyukuri-Nya...

Wallahualam...

Thursday 5 May 2011

Aku dan Seni .....antara minat dan hobi

Assalamualaikum,

Seni lukis memang tidak dapat lari dari diri ini...masa kecik begitu teruja dengan lukisan Abah...dialah idola ku masa zaman kecil ku. Lukisan cat minyaknya sentiasa ku lihat di dinding rumahku dan rumah Opah ku. Mungkin darah seni Abah mengalir dalam diriku....
                                             Rumah Perak  : sekadar hiasan

Bila melangkah ke zaman persekolahan sehinggalah ke Universiti.. melukis ini hanya sebagai hobi sahaja...minat terhadap seni menyebabkan terasa diri ingin melukis. Cuma kekangan masa dan wang ringgit mungkin menyekat hobi ini daripada terus berkembang. Tetapi kerana minat, hobi ini tak kan terus dilupakan

Minat dan hobi mungkin tidak menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang seni ini. Memang saya akui, tiada pendidikan formal yang dipelajari dalam seni...tidak pernah berguru secara rasmi, tetapi kerana minat....pembelajaran sentiasa dilalui melalui pemerhatian dan pembacaan.Pendidikan yang saya selami lebih menjurus dalam bidang Sains dan Teknologi...sek.men bidang sains, kat U  ambil Ijazah Teknologi dan sambung dalam bidang Masters of Science...semuanya tak berkaitan dengan bidang seni...Tetapi ilmu boleh dicari di mana-mana. Kemahiran boleh dilatih dari masa ke semasa... Mungkin tidak semahir seorang  Artis Profesional, namun ia bukan batu penghalang untuk kita.

Justeru , moga Allah masih beri kekuatan utuk saya terus mempelajari sesuatu dan seterusnya melakarkan di atas kanvas kehidupan ini....kerana MINAT  dan HOBI , sama sekali  tidak akan menghalang kita untuk mempelajari sesuatu yang bukan bidang kita..

.

Luahan Minda CRS...satu ruang untuk berbicara dalam alam maya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Blog ini dihasilkan untuk  berbicara dan membincangkan apa saja luahan yang terlintas pada ketika dan waktu ini. Berbeza dengan blog cherossarts.blogspot yang lebih menumpukan kepada hasil seni saya, blog ini mungkin lebih bebas untuk membicarakan pelbagai isu.


Mungkin ini adalah pembuka bicara. Moga kita bertemu dalam komentar yang seterusnya

Salam,
 Che'Ross Zukefli.