Foto kali ini.... Rumah Tradisional

Foto kali ini.... Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Sunday 15 May 2011

16 Mei...Hari Bermakna buat Insan yang bergelar Pendidik..

Selamat Hari Guru...

Macam - macam perumpamaan yang diberi buat insan yang bergelar'GURU'....Guru ibarat lilin, guru penyuluh cahaya, duru srikandi negara....pelbagai lagi dan semua itu sebagai klausa untuk mengenang jasa seorang insan yang bergelar Guru...

                    " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara "

begitulah tema Hari Guru tahun ini....transformasi....ayat yang canggih tetapi masih sama maksudnya...pengubah, mengubah , menukarkan....demi untuk kemajuan negara. Namun cabaran guru kini dan dahulu banyakbezanya. Begitulah sistem pendidikan kita, banyak yang berubah. Arus pendidikan negara sentiasa merubah ke arah yang lebih baik...begitulah juga dengan tanggungjawab seorang guru....sentiasa perlu selari dengan arus pendidikan semasa....

Cabaran guru semakin meningkat, cabaran mendidik anak didik zaman sekarang begitu mencabar...dulu profesyen ini begitu disanjung dan dihormati..sungguh mulia nilai seorang guru..Rasa hormat kepada guru begitu mendalam dalam diri anak bangsa...rasa takut kepada guru..tandanya hormat....Ibu bapa sentiasa menyanjungi pendidik anak-anak mereka...Pembelajaran dijalankan dalam suasana yang sangat selesa..yang mendidik rasa disanjungi dan dihormati, manakala anak didik sentiasa bersedia menerima ilmu yang diberi,..
Tapi sekarang sudah jauh berbeza....guru semakin kurang dihormati..anak didik sudah rasa hilang budi pekerti dan budi bahasa kepada insan yang mendidik mereka... Apabila berlaku masalah di sekolah, ibu bapa kekadang lebih mempercayai anak mereka dan terus menyalahkan guru tanpa usul periksa..beginilah nasib guru...Jika dahulu pabila didenda murid kerna melakukan kesalahan, pasti pabila balik ke rumah akan disambung lagi oleh ibu bapa...kini dicuit sikit anak mereka, terus ibu bapa menyerang guru tersebut...Guru..guru...tak semua mampu mendidik dengan cara lembut...dan tidak semua guru itu garang...kekadang guru itu ada juga had kesabarannya...melayan karenah murid-murid yang sentiasa mencabar kesabaran guru mereka.

Beginilah rencam pendidik...ramai yang berkata...alah Guru kerja separuh hari..cuti pun banyak...banyak relaks....

Tapi yang tidak bergelar guru..silalah cuba menjadi guru selama sehari....memang nampak mudah...tetapi menyampaikan ilmu kepada pelbagai golongan murid yang berbeza kecerdasan pelbagainya, pelbagai rencam ragamnya..di samping kerja-kerja penkeranian yang lain...melayan karenah murid  yang bermasalah..melayan karenah ibu bapa..dan banyak rutin ko kurikulum dan kurikulum yang lain...itu adalah cabaran...Bagi yang mempunyai anak melebihi 3 orang yang sedang membesar, mungkin lebih memahami. Melayan dan memenuhi karenah mereka sudah pasti menjadi cabaran kepada kita...inikan pula nak menjaga lebih kuramh 25 hingga 35 orang anak murid dalam satu kelas....kalau 5 kelas..macam mana....Terima Kasih Cikgu..

Justeru, sempena Hari Guru ini..izinkan saya melafazakn jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru dan pendidik-pendidik yang pernah memberi tunjuk ajar saya sejak sekolah rendah hingga Universiti dan seterusnya pendidik yang mendidik saya menjadi seorang GURU....terima kasih semua....Semoga jasa-jasamu sentiasa mendapat pembalasan dari Allah s.w.t.

TerimaKasih GURU...

ikhlas,
Che'Ross
16 Mei 2011

No comments:

Post a Comment