Foto kali ini.... Rumah Tradisional

Foto kali ini.... Rumah Tradisional
Rumah Tradisional

Thursday 5 May 2011

Aku dan Seni .....antara minat dan hobi

Assalamualaikum,

Seni lukis memang tidak dapat lari dari diri ini...masa kecik begitu teruja dengan lukisan Abah...dialah idola ku masa zaman kecil ku. Lukisan cat minyaknya sentiasa ku lihat di dinding rumahku dan rumah Opah ku. Mungkin darah seni Abah mengalir dalam diriku....
                                             Rumah Perak  : sekadar hiasan

Bila melangkah ke zaman persekolahan sehinggalah ke Universiti.. melukis ini hanya sebagai hobi sahaja...minat terhadap seni menyebabkan terasa diri ingin melukis. Cuma kekangan masa dan wang ringgit mungkin menyekat hobi ini daripada terus berkembang. Tetapi kerana minat, hobi ini tak kan terus dilupakan

Minat dan hobi mungkin tidak menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang seni ini. Memang saya akui, tiada pendidikan formal yang dipelajari dalam seni...tidak pernah berguru secara rasmi, tetapi kerana minat....pembelajaran sentiasa dilalui melalui pemerhatian dan pembacaan.Pendidikan yang saya selami lebih menjurus dalam bidang Sains dan Teknologi...sek.men bidang sains, kat U  ambil Ijazah Teknologi dan sambung dalam bidang Masters of Science...semuanya tak berkaitan dengan bidang seni...Tetapi ilmu boleh dicari di mana-mana. Kemahiran boleh dilatih dari masa ke semasa... Mungkin tidak semahir seorang  Artis Profesional, namun ia bukan batu penghalang untuk kita.

Justeru , moga Allah masih beri kekuatan utuk saya terus mempelajari sesuatu dan seterusnya melakarkan di atas kanvas kehidupan ini....kerana MINAT  dan HOBI , sama sekali  tidak akan menghalang kita untuk mempelajari sesuatu yang bukan bidang kita..

.

No comments:

Post a Comment